Tuesday, May 18, 2010

Al-quran dan terjemahannya



ingat x lagi org kan pernah jer post satu artikel berkaitan cara2 menyucikan hati...igt x 5 perkara tu...kat bawah ni la 5 perkara yg dpt kita sucikan hati...

1. baca quran dan maknanya
2. solat malam
3. berkumpul dgn org solleh
4. berbanyak la berpuasa
5. zikir malam berpanjang

so mase blk last week terus jer cari Al-quran dan terjemahannya yg berlambak2 kat umah...so jumpe la 1 yg suci lg bersih terpelihara dr habuk dan sebagainya n then asing kan la Al-quran dan terjemahan tu ke tempat lain...then minta izin ngn abah utk ambil...then abah ckp baik baca yg tu (die tunjuk pada Al-quran dan terjemahan yg agak buruk n berdebu sbb ade kesan makan anai2) abah siap ckp yg tu lagi bagus terjemahannya....so org pon dgn mls membersihkan ala kadar...

teringin baca terjemahan dr surah alfatihah tapi org dah ngaji sampai surah al angkabut...so sbb mls nak mulakan semula ...org sambung jer la baca kat surah al-angkabut tu...baca la 1 ayat al-quran n terjemahannya...Subhanallah baru la tahu isi kandungan ayat2 dlm al-quran...banyak cerita yg pernah kt dengar tp x ambil indah...

dlm surah al-angkabut ni ade menceritakan tentang ujian nabi noh, syuaib, Ibrahim, musa, luth.... ade jg citer pasal firaun qorun n haman... dan kita disuruh mengambil iktibar dr peristiwa2 yg tlh terjadi...

3 terjemahan ayat yg terawal telah diberi amaran

2-Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3-Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

4-Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.

skrg ni org baru smpi surah al rumm(romawi)....rupenye surah ini mencerita kan tentang kekalahan pasukan tentera rom kpd tentera parsia. tapi mereka telah memenangai semula dalam mase beberapa tahun... surah ni x abis baca lagi so xtau cerita selanjutnya....nnt ana sambung eh

to be continued ....

No comments: