Thursday, August 26, 2010

my engagement day

lama juga aku x update blog ni.... since aku sorg jer yang baca... tapi xpe tu semua tak penting pon.. yang penting aku ada tempat untuk meluahkan perasaan... macam diary tapi boleh dibaca kalau orang lain mau baca...

back to the topic... my engagement ... alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Antara perbelanjaan untuk pertunangan aku ialah

barang hantaran
- 7 dulang 4 segi siap decoration - RM250 (guna untuk nikah sekali)
1. sirih junjung - free (nasib baik ada pokok sirih kat rumah mak cik)
2. sejadah - RM30
3. kain pelikat - free (abah sponsor)
4. towel - free (ummi lak sponsor)
5. kain (untuk nikah nanti) - RM150 (murah kan kain saya)
6. kek - RM30 (beli kak kedai roti biasa jer)
7. buah-buahan - RM25 (beli kat pasar jer )
- makan untuk 100 orang - RM600 (masak sendiri jer)
- baju tunang - RM60 (tapi saya pakai baju kawan sebab lebih cantik)
- make up - RM100 (boleh cut cos kat sini. tapi untuk nampak lebih cantik maka perlu la mak andam)
ok JUMLAH keseluruhan = RM1185

tak tau la untuk majlis pertunangan kos macam tu kira besar ke tidak tapi apa yang mampu saya katakan ialah BUAT LA MENGIKUT KEMAMPUAN DAN SEKADAR MEMADAI. JANGAN BERLEBIHAN

merisik dan bertunang skali - lepas sarung cincin terus la hati berkata PART OF MINE ARE YOURS

posing ala2 gediks

ni la hantaran aku untuk si dia

- Dulang ini boleh disewakan kepada sesiapa yang sudi. Harga sewa pon murah jer sekadar membantu.

sekian dulu... banyak masa dah habis digunakan untuk mengemaskini blog saya yang tak seberapa ini

p\s : cuba untuk tidak menggunakan short-form tapi sukar pula rasanya kerana terbiasa dengan ritual hidup yang hendak cepat.